Wednesday, September 19, 2007

Sejarah Kelahiran Matapelajaran Pengajian Islam Dalam Kurikulum


Hasil dari perbicangan tokoh-tokoh utama tersohor yang mewakili pemimpin jemaah Islam secara peribadi dan kemudian diikuti dengan perbincangan dibeberapa persidangan peringkat antarabangsa yang diadakan semenjak 1972,1973,1977 dan lain-lain, telah melahirkan tulisan seumpamanya oleh tokoh ulama’ tempatan seperti Prof. Dr. Haron Din, dan turut diperkatakan dalam beberapa persidangan – persidangan Kebangsaan sekitar tahun–tahun 1970an dan tahun seterusnya barkaitan dengan Tasawwur Islam.

Hasil dari desakan persidangan pendidikan di peringkat antarabangsa (dunia Islam) dan persidangan peringkat nasional, maka Kementerian Pendidikan membuat cadangan memperkenalkan beberapa pelajaran baru berkaitan pendidikan Islam. Pada 1989 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula melaksanakan kurikulum bersepadu pada semua peringkat persekolahan rendah dan menengah. Pada sesi 1991 / 1992 empat mata pelajaran elektif tentang Islam telah diperkenalkan di peringkat menengah atas. Mata pelajaran tersebut ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan Tasawwur Islam.

Sejarah awal pengenalan pendidikan tasawwur Islam adalah berkait rapat dengan kedudukan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan dan sejarah kelahiran Sekolah–sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) kerana pengajian tasawwur Islam diperkenalkan sebagai pelajaran tambahan selepas matapelajaran pendidikan Islam. Dari sudut yang lain, ianya juga diperkenalkan dan layak diambil oleh para pelajar yang mengikuti pelajaran di Sekolah–sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) diseluruh negara begitu juga dengan pelajar di Sekolah–sekolah Agama Negeri (SAN) atau jabatan agama dan Sekolah–sekolah Agama Rakyat (SAR).

No comments: