Wednesday, September 19, 2007

ahlan ya ramadhan

Ramadhan merupakan bulan yang paling istimewa kepada setiap kaum muslimin yang mempunyai hubungan yang amat rapat dari sudut kerohanian begitu juga pada aspek jasmani.

Jiwa muslim akan menyambut ramadhan dengan hati yang girang, gembira, ceria dan suka melakukan segala perkara kebajikan dan berlumba-lumba melaksanakan kerja-kerja taat.

Perasaan ini lahir daripada seluruh jiwa muslim walaupun mereka yang kurang imannya kerana bulan Ramadhan merupakan masa yang hati manusia menjadi lembut dan jiwa menjadi tenang, mereka gemar melaksanakan pelbagai perkara yang baik.

Kita dapati manusia pada bulan Ramadhan ini amat berbeza kehidupan mereka berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Mereka suka melakukan kerja-kerja amal secara berkumpulan (jamai’e) seperti majlis berbuka puasa ( Iftar Jamai’e), memenuhi ruang masjid pada solat Subuh (Fajar) yang tidak menjadi kebiasaan mereka pada bulan yang lain.

Ini menunjukkan bahawa bulan ini mendapat tempat khusus dihati setiap muslim.

Apakah bulan Ramadhan ini?

  • Bulan yang diturunkan padanya al-Quran.
  • Bulan Allah mengutuskan rasulnya nabi Muhammad S.A.W.
  • Bulan yang menjadi penebus (Kifarah) segala dosa.
  • Bulan untuk segala kebaikan bermula pada malam yang pertama lagi.
  • Bulan keampunan dan dimakbulkan segala doa.
  • Bulan yang Allah jadikan ganjaran Umrah seumpama ibadat haji bersama dengan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
  • Bulan yang terdapat padanya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang lain (Lailatul Qadr).
  • Sebaik-baik bulan kepada para mukmin dan seburuk-buruk bulan kepada para golongan munafikin.

No comments: